Saturday, April 9, 2011

The Millionaire Family


Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. 

Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. 

Kini IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar.

Utusan Malaysia melaporkan pada 19 Jun 1998 sebagai berkata;
Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan. 

Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.

Pada 2 Mei 1998, bapa Anwar, Dato’ Ibrahim Abdul Rahman, memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan 3,790500 saham Nissan Industrial Oxygen Incorporated manakala adik-beradik Anwar, Farizon memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan Marzukhi Memiliki 2,800,000 saham Penas Corporation.

Bapa Anwar juga menjadi Pengerusi bagi Syarikat IOI Corporation.

Berikut adalah petikan jadual dari majalah Asiaweek yang menunjukkan penerimaan saham yang diperuntukkan kerajaan yang diterima Ibrahim Abd Rahman.

109. Dato’ Hj Ibrahim B Abdul Rahman
Nissan Industrial Oxygen Incorporated Bhd
3,790,500.00
10/6/97

Lam Soon Huat Development Bhd
400,000.00
4/3/85

Industrial Oxygen Incorporated Bhd
2,000,000.00
24/04/1993
- sumber mykmu.net

Dilaporkan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, saham IOI group telah meningkat secara mendadak.

Puak pembangkang begitu seronok bercerita tentang kekayaan ahli keluarga Tun Dr.Mahathir Mohamad dan DS Najib Razak, tanpa menyedari bekas rakan kongsi bapa Anwar merupakan individu ke-3 terkaya di Malaysia ketika ini. 

Bagaimana boleh kaya? 

Itu anda kena tepuk dada, tanya Anwar bagaimana Tan Sri Lee Shin Cheng boleh kaya sehingga hari ini.
Filed under: Anwar Ibrahim 

No comments:

Post a Comment