Monday, May 23, 2011

Betul ker cerita nie ?

Ksu paling berkuasa

Pernah suatu waktu dahulu satu akhbar tempatan menulis cerita tentang seorang KSU yang begitu berkuasa sehingga Menterinya boleh disuruh untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendak KSU tersebut.
Menteri ni pulak bukanlah Menteri yang junior. Senior jugak beb!
KSU ini pulak dengar ceritanya memang kaki perempuan. Pantang nampak dahi licin sikit, mesti nak dihenjutnya. Kalau nak baik dengan dia senang je, supply perempuan, gerenti settle. 
Ada satu masa dulu dikaitkan dalam satu kes khalwat dengan seorang artis tempatan. Kes yang tu dengar cerita dah dikambuskan. Maklumlah, media elektronik ni dan berita di bawah kawalan dia jugak.
Tak cukup dengan kes-kes tu, semua kontrak bekalan dan siaran pun dia nak tibai. 
Apa Pak Menteri tak nampak ke semua yang berlaku? Atau Pak Menteri ada apa- apa ka?
Tanggal awal Mei, si KSU ni sepatutnya bersara wajib. Ramai yang menjangkakan dia ni akan bersara. Ini adalah kerana ada kedengaran satu 'unofficial policy' di Putrajaya yang tidak menggalakkan penyambungan perkhidmatan penjawat awam kanan secara kontrak supaya pegawai-pegawai dibawah mendapat peluang untuk menerajui sesuatu Kementerian itu.
Memang bagus la polisi ini! Didapati juga beberapa pegawai tingginya yang bersara wajib dan tempoh perkhidmatan mereka tidak disambung pun. 
Sebagai contoh, penjawat awam pangkat tertinggi di Kementerian Kesihatan, Kementerian Luarbandar, Kementerian Pengajian Tinggi.
Menteri pun dengar ceritanya tak juga menyokong penyambungan dia ni. 
Tertanya-tanya pulak macam mana orang yang ada kes disiplin dan ada juga den gar dia ambik duit netbook 1malaysia pun boleh kena sambung? Apahal? Tak cukup ke penjawat awam lain yang boleh ganti orang macam ni?




nota kaki - maklumat ini di-terima melalui e-mel. pihak yang terbabit jangan melatah yea, sila jawab secara beradab jika kebenaran di-pihak anda. terima kasih.

Sunday, May 8, 2011

Apa Sebenarnya Perjuangan Pas ?










Pendirian dan perjuangan PAS kini diragui kerana sanggup “mendakap” DAP dan melindungi pemimpin tidak bermoral.

Sejak terbongkarnya video seks yang membabitkan Anwar Ibrahim, PAS mula goyah dengan pendirian dan perjuangannya demi kepentingan politik untuk berkuasa.

Kalau dulu PAS bersemangat memperjuangkan isu berkaitan umat Islam di negara ini namun kini PAS ketara cuba melindungi pemimpin tidak bermoral.

Perjuangan PAS terpesong jauh dari landasan asal yang berteraskan kepada moral, etika dan agama.

Ini jelas dibuktikan setelah pemimpin PAS melalui pelbagai usaha cuba membela Anwar Ibrahim yang merupakan pelaku dalam video seks yang tersebar luas malah bernada sama dalam Kes Liwat I dan II yang turut membabitkan Ketua Pembangkang tersebut.

Mereka sanggup mengenepikan soal moral, etika dan agama jika ianya membabitkan kepentingan politik PAS untuk berkuasa.

PAS secara lantang mempertikai pelaksanaan sumpah laknat oleh Datuk Eskay di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul pada 29 April 2011.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa pula mahu Datuk Eskay menjalani ujian poligraf.

Dalam hal ini, kenapa PAS tidak mendesak Anwar untuk melaksanakan sumpah laknat dan menjalani ujian poligraf?

Jika PAS benar-benar ikhlas, mereka perlu menyokong usaha-usaha mencari kebenaran dan bukannya berdolak-dalik demi melindungi Anwar yang tidak bermoral.

Ternyata pendirian PAS dalam isu Anwar ini bertentangan dengan prinsip perjuangan PAS. Terlalu banyak kontroversi dan skandal yang melibatkan Anwar malah kredibiliti moralnya bukan lagi sekadar tercalar malah telah tercemar.

Sampai bilakah PAS akan melindungi Anwar yang tidak bermoral?

Jelaslah bahawa ahli dan penyokong PAS telah lama diperdaya dan ditipu oleh pemimpin PAS yang bijak bersandiwara, “ depan cakap lain, belakang buat lain”. Dalam keadaan sebegini pun, terdapat  orang Melayu yang masih menyokong PAS kerana ketaksuban mereka terhadap PAS.

PAS juga terus mendakap erat DAP kerana tamak kuasa untuk menguasai Kerajaan Pusat walaupun secara jelas DAP tidak menyokong perjuangan PAS atas dasar prinsip dan perjuangan yang berbeza.

PAS turut sedar bahawa DAP hanya ingin memperalatkan PAS untuk memancing undi Melayu malah PAS sering dianaktirikan dalam Pakatan Rakyat.

Berasaskan kepada pendirian pemimpin dan perjuangan PAS dewasa ini, ternyata mereka sanggup berbuat apa saja termasuk membelakangi moral, etika dan agama demi kepentingan politik.
Ternyata PAS bukanlah sandaran untuk memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam, tidak terkecuali PKR dan adalah mustahil untuk DAP berbuat demikian.

Renungkanlah masa depan Negara bangsa ini. Jangan kita menyesal bila negeri telah tergadai dah musuh menaiki tahta - bila pemimpin Melayu-Islam hanya menjadi boneka, seperti di-kala Negara bangsa dijajah tidak berapa lama dahulu.
  
Inginkah kita di-jajah semula?