Thursday, April 5, 2012

The recipe of half truths, by Tony Pua & Why Malaysian Insider chicken out!

This was Tony Pua's song. It was sung by Pakatan Rakyat mouthpiece Malaysiakini, the FREEmalaysiakini.


The following is Deputy Finance Minister Donald Lim's official reply in Dewan Rakyat.



YB Petaling Jaya Utara telah membangkitkan isu berkaitan 1MDB.

Untuk makluman Yang Berhormat, didapati Yang Berhormat Petaling Jaya Utara telah tersalah fakta atau kurang faham dengan situasi sebenar.

Transaksi tanah Sungai Besi adalah amat berlainan sekali dengan transaksi tanah di Bayan Mutiara. Tanah Sungai Besi dibeli oleh sebuah syarikat milik penuh kerajaan. Tanah Bayan Mutiara yang kononnya open tender sebenarnya telah
dibeli oleh syarikat persendirian.

Walau bagaimanapun, biarlah saya menerangkan keadaan sebenar transaksi tanah Sungai Besi.

Kita perlu melihat transaksi ini dengan menyeluruh, bukan hanya memfokus kepada pembelian dan penjualan tanah sahaja. Ini adalah kerana ianya adalah projek kerajaan yang didukung oleh syarikat milik penuh kerajaan.

Bagi pengetahuan Yang Berhormat, transaksi tanah di Sungai Besi melibatkan bukan sahaja pembelian, penjualan tanah, tetapi ia melibatkan juga pemindahan, pembinaan kem-kem baru di sembilan lokasi dan penempatan semula Kem Sungai Besi di ke semua lokasi tersebut.

Kos projek ini adalah sebanyak RM2.718 bilion. Kos ini dikongsi bersama di antara 1MDB dan kerajaan.

Yang Berhormat Petaling Jaya Utara membangkitkan kos RM1.178 bilion yang
dikatakan dibayar oleh kerajaan kepada 1MDB, ini adalah fakta yang salah dan tidak bertanggungjawab dari Yang Berhormat.

RM1.17 bilion adalah bahagian kos yang dikongsi oleh kerajaan daripada jumlah keseluruhan RM2.718 bilion.

Harga RM74 kaki persegi seperti yang dituduh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara mengenai kos penjualan tapak tanah Sungai Besi adalah satu spekulasi sepertimana yang telah dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein dalam perbahasan penggulungan Bajet 2012 peringkat jawatankuasa.

1MDB akan menanggung RM1.6 bilion daripada jumlah kos dilokasi Tentera Udara Diraja Malaysia dan pangkalan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia. Ini termasuk juga kos pembelian tapak-tapak baru. Pihak kerajaan pula akan menanggung RM1.1bilion daripada jumlah keseluruhan kos sebanyak RM2.718 bilion.

Berkenaan dengan keuntungan yang disebut oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, 1MDB akan membuat keuntungan tersebut. Walaubagaimanapun, ia bukanlah seperti yang dituduh atau dinyatakan oleh Yang Berhormat.

Keuntungan 1MDB diperoleh daripada keuntungan nota Murabahah dan penilaian semula hartanah. Keuntungan ini adalah nyata dan mengikut standard perakaunan antarabangsa atau international accounting standard yang memerlukan sesebuah syarikat itu melaporkan sebarang perubahan nilai di dalam hartanahnya.

1MDB is bound by the strict accounting standard to revalue the land since the land is now no more an army base but a commercial land. The evaluation was done by independent third party valuation, dengan izin. Itulah jawapan.


Another Pakatan Rakyat mouthpiece The Malaysian Insider was also singing Tony Pua's song but the 'well cooked half truths' have been removed from the news portal's website.





Guess the only way to teach these liars a lesson is to sue them. Decency is certainly not their virtue. 

http://www.themalaysianinsider.com/litee/business/article/pua-prime-land-sold-cheaply-to-pump-rm2b-into-1mdb/

http://www.google.com.my/search?client=safari&rls=en&q=tony+pua+1mdb&ie=UTF-8&oe=UTF-8&redir_esc=&ei=iLx9T4aVBpGurAeN1u3QDA