Monday, May 11, 2015

Siapa sebenarnya Pengerusi TABUNG HAJI


Let us all go back to the root cause of Tabung Haji's dilemma. Who is the Tabung Haji Chairman and why Najib appointed him to that position.

1.Siapa sebenarnya Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim?

2.Bagimana seorang warga Kampung Medan di Petaling Jaya boleh berjaya menguasai Bahagian Umno Baling Kedah?

3.Bagaimana Umno Baling memilih individu ini menjadi Ketua Bahagian mereka?

4.Jika dihitung dari wang yang ditabur serta publisiti yang dicanang menerusi media arus perdana kantung bekas peniaga kereta terpakai PJ Old Town ini ternampak dalam lagi luas.

5.Apa mungkin nilai serta kebolehan luarbiasa individu ini sehingga Perdana Menteri serta isteri begitu akrab dan seterusnya melantik beliau sebagai penjaga Tabung Haji?

6.Sebelum itu. Bagaimana individu ini berjaya menjadi calon BN dalam pilihanraya yang lalu?

7.Adakah benar pada awalnya cadangan untuk mencalonkan individu ini TIDAK DILULUSKAN oleh pihak PDRM dan SPRM?

8.Apakah benar individu ini tidak melepasi tapisan keselamatan PDRM serta SPRM kerana latar belakang serta penglibatan dalam beberapa kes rasuah peringkat tertinggi, salah satu-nya kes jual-beli tanah Bukit Kiara antara DBKL dan Sime Darby?

9. Akhirnya pihak PDRM dan SPRM terpaksa mengalah sebab Najib tetap dengan pendirian untuk mencalonkan individu ini? Jika benar, kenapa? Negeri Kedah sudah tidak ada calon lain yang lebih layak? Sebelum ini beberapa blog juga telah membongkar isu sijil palsu berhubung individu ini yang pada suatu ketika mendabik kelulusan 'Masters in Business Administration' . Selepas dibongkar gelaran itu pun hilang.

10.Walau pun Najib sedar akan latar belakang serta fail-fail dan rekod hitam di PDRM serta SPRM, individu ini terus di lantik untuk menerajui Lembaga Tabung Haji sebagai Pengerusi? Kenapa. Apa sebenarnya agenda Najib?

11.Apakah benar peranan individu ini tidak hanya terbatas di Tabung Haji malah lebih jauh dari itu serta melibatkan pengurusan masalah politik serta peribadi Najib dan Rosmah? Apa hubungan individu in dengan peniaga karpet Deepak?

12. Apakah benar individu ini juga begitu berpengaruh di Kementerian Kewangan, Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara?

13.Apa sebenarnya hubungan individu ini dengan Ketua Setiausaha Perbendeharaan dan Ketua Setiausaha Negara? Direct-nego is his forte?

14.Adakah benar individu ini telah diberi kebebasan mutlak untuk mencari dana politik agar Najib kekal berkuasa?

15.Individu ini juga terlibat dalam mengagihkan dana politik bernilai jutaan ringgit kepada bahagian bahagian UMNO serta kepimpinan negeri yang menyokong Najib? Jika benar, dari mana individu ini memperolehi dana sebegitu banyak? Apakah ini diantara kelayakan untuk menjadi Pengerusi Tabung Haji?

16. Kembali kita ke Tabung Haji. Apakah jenis pelaburan dan bentuk projek yang di pelopori Tabung simpanan bakal haji kita sejak individu ini dilantik sebagai pengerusi?

17. Berdasarkan kontroversi pembelian tanah 1MDB, apakah wajar jika Jemaah Menteri membuat ketetapan mengarahkan pihak SPRM membuat satu penilaian khusus berhubung semua urusan pelaburan/projek Tabung Haji sejak dua tahun kebelakangan ini?

18. Oh yea. Apa benar pemberitaan salah seorang ahli lembaga TH bahawa sebenarnya Tan Sri Syed Hamid Albar dipersetujui semua pihak sebagai pengerusi Tabung Haji tetapi surat lantikan beliau ditarik balik pada saat terakhir setelah Najib didesak. Siapa yang mendesak? 

19. Apakah pihak SPRM serta mungkin LHDN tidak berhasrat menbuat penyiasatan terperinci keatas individu ini? Tak mungkin hanya yang membuat laporan keatas 1MDB sahaja yang di siasat hingga ke lubang cacing. Individu yang mempengerusikan Tabung Haji ini ternampak sungguh tidak amanah dan berintegriti. Pihak berwajib harus menyiasat. 
   
Di harap segala maklumat diatas dapat diteliti, disiasat dan tindakan diambil sebelum malapetaka yang lebih dasyat melanda kita.

Harus di ingatkan kepada semua pihak bahawa ini bukan lah tindakan untuk menyerang atau mengaibkan mana mana individu, isteri atau keluarga mereka untuk kepentingan peribadi atau  kelangsungan agenda mana-mana kumpulan.

Pembongkaran ini adalah perlu kerana saya sayangkan negara ini lebih dari segalanya.

Berani Kerana Benar


2 comments:

Unknown said...

Soalan-soalan yang sangat menarik untuk kita cari jawapan

Anonymous said...

Ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country