Tuesday, April 26, 2011

KENAPA TBH MATI ?








APA HAL NI, EAN YONG? TAK SEKOLAH KE?

Semalam, YB Ean Yong, ADUN Seri Kembangan mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan "mengelirukan dan bercanggah" di mahkamah bagi “membenarkan tindakan yang tidak boleh dijustifikasi ke atas Teoh sebagai penyebab kematiannya".

Dia mendakwa bahawa projek-projek yang disebutkan di mahkamah tersebut berdasarkan empat invois bertarikh September 2008 yang ditemui di laptop Teoh, telah disiapkan dan boleh disahkan oleh Pejabat Tanah.

Ean Yong juga menafikan tuduhan bahawa cawangan DAP mendapat sebahagian dana daripada projek-projek di Selangor dan balasan yang diterima oleh cawangan dan Teoh adalah dalam lingkungan antara 10% hingga 90%.

“Cawangan-cawangan DAP dan Teoh tidak pernah mengambil apa-apa bahagian atau balasan daripada mana-mana kontraktor atau pembekal," katanya.

"Jelas sekali tindakan yang dilakukan oleh pegawai SPRM itu bermotif politik dengan maksud untuk menghancurkan imej ahli Exco dan wakil-wakil yang telah dipilih daripada Pakatan Rakyat di Selangor," katanya.

Namun, yang mengakui hal ini adalah kontraktor YB sendiri, iaitu Lee Wye Weng.

Kenyataan daripada ADUN ini yang dianggap berpelajaran amat mengecewakan kerana ianya tidak berasas langsung.

Mengapakah ia tidak berasas?

Pertama, laporan dan pendedahan semasa RCI yang didakwa dari SPRM, bukannya dari SPRM, tetapi dari kontraktor Cina, Lee Wye Weng. Kenapakah YB sengaja mengelirukan rakyat?

Kedua, isunya bukan sekadar sama ada projek berkenaan telah siap, tetapi paling penting kenapa harga yang ditawarkan bagi projek-projek berkenaan amat jauh berbeza dan tinggi daripada harga semasa. Siapakah yang menerima habuan daripada perbezaan harga tersebut?

Ketiga, sekiranya YB mengatakan DAP dan Teoh tidak menerima habuan dari projek-projek tersebut, maka bukankah Lee Weng Wye yang memberi kenyataan tersebut harus disabitkan kesalahan melakukan sumpah bohong setelah memberikan kenyataan palsu?

Kenapakah YB menyalahkan SPRM atas kenyataan Lee pula? 

Adakah SPRM juga harus dipersalahkan apabila Lee berkata beliau melihat Teoh Beng Hock masih hidup ketika bertemu dengannya? Atau apabila saksi yang lain mendengar Teoh dan kontraktor lain, Tan Boon Wah telah bergaduh di tandas MACC.

Mengapakah YB Ean Yong mahu mengelirukan lagi keadaan? Adakah ianya kerana beliau sendiri terbabit dan untuk mengeruhkan riak, beliau sengaja menonjolkan perkara yang boleh menyemarakkan sentimen benci terhadap SPRM?





Yang lebih anih, perkara tersebut telah disebut oleh KA Ramu ketika beliau mengundurkan diri sebagai Ahli Majlis Hulu Selangor pada 19 Disember 2008. 


Ramu ada menyebut mengenai Lee Wye Wing, Perkhidmatan WSK yang telah memainkan peranan dalam penyalahgunaan dana negeri Selangor di Kuala Kubu Bharu (KKB), kawasan BN yang telah dijadikan kawasan angkat oleh YB Ean.

Dana tersebut milik rakyat KKB tetapi beberapa orang bertindak menggunakan wang tersebut untuk kepentingan diri.

Setelah YB Ean dilantik sebagai Ahli Exco Negeri Selangor untuk KKB pada tahun 2008, Madam Lee Kee Hiong (Ahli Majlis untuk Majlis Perbandaran Kajang) dan bapa saudaranya, Lee Wye Wing telah terlibat dalam penyalahgunaan dana negeri bagi KKB, yang mana menyebabkan KA Ramu mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebagai Ahli Majlis kerana tidak mahu terlibat dalam sindiket kotor menipu wang rakyat.

KA Ramu mendakwa telah menghantar salinan surat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid, tapi tiada tindakan telah diambil.

Persoalannya lagi, sejauh mana konspirasi ini?

Marilah kami mengenali YB Ean Yong lebih lanjut

ADUN N28 SERI KEMBANGAN
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram

Alamat pejabat : Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 16, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam
Tel : 03-55447131


E-mel : eanyong@selangor.gov.my

Latarbelakang YB 

YB Ean Yong Hian Wah merupakan lulusan Sarjana Muda Pengajian Perniagaan dari Universiti Bradford, United Kingdom. 


Penglibatan beliau dalam aktiviti kemasyarakatan termasuklah sebagai Pengerusi Persatuan Alumni Kolej New Era, Ahli Lembaga Pengelola Kolej New Era dan Gabungan Persatuan-Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Cina Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Beliau kini merupakan Pengerusi DAP Selangor dan Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis DAP.

Sekiranya, Ean tidak terlibat dalam politik, beliau akan terlibat dalam kerja kilang.

ADUN SERI KEMBANGAN Ean Yong Hiah Wah akan meneruskan perniagaan kilang milik keluarganya di Semenyih sekiranya kalah dalam pilihanraya umum.

Namun, cubaannya kali kedua terbukti berhasil kerana bukan sahaja beliau menewaskan dua calon lain untuk kerusi berkenaan tetapi beliau kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram.

Semasa ditemuramah selepas kemenangan politik beliau, Ean berkata, "Saya sudah sedia untuk mengambilalih perniagaan keluarga jika kalah. Sebaliknya, saya mendapati diri saya menyediakan pelan pengurusan yang baik untuk Pengerusi Jawatankuasa Tetap dan ADUN.”

Graduan perakaunan ini juga dikenali sebagai Au Yong, harus berterima kasih kepada rakan sekuliahnya Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong (yang sama-sama menuntut di Era Baru College di Kajang), yang telah membantu beliau melibatkan diri dalam kancah politik.

"Dialah yang memperkenalkan saya kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang enam tahun yang lalu. Saya telah dilantik pengerusi DAP negeri dua tahun lalu, walaupun saya kalah dalam pilihan raya 2004 di Kampung Tunku," - Ean Yong.


KENAPA TBH MATI? 

No comments: