|
DOLLAR AMERIKA |
Ini kemewahan yang disaksikan ketika majlis perkahwinan anak seorang Perdana Menteri yang kini bergelumang dengan skandal rasuah, salahgunakuasa serta kebaculan melampaui batas.
Rakyat Malaysia harus lebih peka tentang wabak merbahaya ini.
RM adalah singkatan bagi Ringgit Malaysia, Rosak Malaysia serta singkatan nama sejenis wabak yang telah melanda ramai pemimpin negara sehingga mereka menjadi dayus dan tidak bermaya untuk menegakkan kebenaran.
NOTICE
It has come to our attention pertaining the sinister creation of a blog also called The BENCHMARK at the URL -
http://thebenchmark1.blogspot.com portraying a similar template of this blog.
Due to this obviously desperate attempt by parties who are out to confuse the public on the on going criminal probe against 1MDB we have decided to notify our readers and others who are concerned of this desperate move by certain criminal and:or their hired operatives.
Until the fraudster behind this latest attempt to hoodwink the public is identified and shamed we wish to notify the decision to change our template for a fresh look. It must be noted that this move would not stop those criminals and their accomplices from attempting other methods of impersonation or misrepresentation.
We hope our readers are vigilant at all times as attempts to cover up the 1MDB scandal appears to have hit high gear.
Thank you for your support and be rest assured the criminals won't stop at just duplicating prominent blogs to gain prominence.
The BENCHMARK
Let us all go back to the root cause of Tabung Haji's dilemma. Who is the Tabung Haji Chairman and why Najib appointed him to that position.
1.Siapa sebenarnya Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim?
2.Bagimana seorang warga Kampung Medan di Petaling Jaya boleh berjaya menguasai Bahagian Umno Baling Kedah?
3.Bagaimana Umno Baling memilih individu ini menjadi Ketua Bahagian mereka?
4.Jika dihitung dari wang yang ditabur serta publisiti yang dicanang menerusi media arus perdana kantung bekas peniaga kereta terpakai PJ Old Town ini ternampak dalam lagi luas.
5.Apa mungkin nilai serta kebolehan luarbiasa individu ini sehingga Perdana Menteri serta isteri begitu akrab dan seterusnya melantik beliau sebagai penjaga Tabung Haji?
6.Sebelum itu. Bagaimana individu ini berjaya menjadi calon BN dalam pilihanraya yang lalu?
7.Adakah benar pada awalnya cadangan untuk mencalonkan individu ini TIDAK DILULUSKAN oleh pihak PDRM dan SPRM?
8.Apakah benar individu ini tidak melepasi tapisan keselamatan PDRM serta SPRM kerana latar belakang serta penglibatan dalam beberapa kes rasuah peringkat tertinggi, salah satu-nya kes jual-beli tanah Bukit Kiara antara DBKL dan Sime Darby?
9. Akhirnya pihak PDRM dan SPRM terpaksa mengalah sebab Najib tetap dengan pendirian untuk mencalonkan individu ini? Jika benar, kenapa? Negeri Kedah sudah tidak ada calon lain yang lebih layak? Sebelum ini beberapa blog juga telah membongkar isu sijil palsu berhubung individu ini yang pada suatu ketika mendabik kelulusan 'Masters in Business Administration' . Selepas dibongkar gelaran itu pun hilang.
10.Walau pun Najib sedar akan latar belakang serta fail-fail dan rekod hitam di PDRM serta SPRM, individu ini terus di lantik untuk menerajui Lembaga Tabung Haji sebagai Pengerusi? Kenapa. Apa sebenarnya agenda Najib?
11.Apakah benar peranan individu ini tidak hanya terbatas di Tabung Haji malah lebih jauh dari itu serta melibatkan pengurusan masalah politik serta peribadi Najib dan Rosmah? Apa hubungan individu in dengan peniaga karpet Deepak?
12. Apakah benar individu ini juga begitu berpengaruh di Kementerian Kewangan, Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara?
13.Apa sebenarnya hubungan individu ini dengan Ketua Setiausaha Perbendeharaan dan Ketua Setiausaha Negara? Direct-nego is his forte?
14.Adakah benar individu ini telah diberi kebebasan mutlak untuk mencari dana politik agar Najib kekal berkuasa?
15.Individu ini juga terlibat dalam mengagihkan dana politik bernilai jutaan ringgit kepada bahagian bahagian UMNO serta kepimpinan negeri yang menyokong Najib? Jika benar, dari mana individu ini memperolehi dana sebegitu banyak? Apakah ini diantara kelayakan untuk menjadi Pengerusi Tabung Haji?
16. Kembali kita ke Tabung Haji. Apakah jenis pelaburan dan bentuk projek yang di pelopori Tabung simpanan bakal haji kita sejak individu ini dilantik sebagai pengerusi?
17. Berdasarkan kontroversi pembelian tanah 1MDB, apakah wajar jika Jemaah Menteri membuat ketetapan mengarahkan pihak SPRM membuat satu penilaian khusus berhubung semua urusan pelaburan/projek Tabung Haji sejak dua tahun kebelakangan ini?
18. Oh yea. Apa benar pemberitaan salah seorang ahli lembaga TH bahawa sebenarnya Tan Sri Syed Hamid Albar dipersetujui semua pihak sebagai pengerusi Tabung Haji tetapi surat lantikan beliau ditarik balik pada saat terakhir setelah Najib didesak. Siapa yang mendesak?
19. Apakah pihak SPRM serta mungkin LHDN tidak berhasrat menbuat penyiasatan terperinci keatas individu ini? Tak mungkin hanya yang membuat laporan keatas 1MDB sahaja yang di siasat hingga ke lubang cacing. Individu yang mempengerusikan Tabung Haji ini ternampak sungguh tidak amanah dan berintegriti. Pihak berwajib harus menyiasat.
Di harap segala maklumat diatas dapat diteliti, disiasat dan tindakan diambil sebelum malapetaka yang lebih dasyat melanda kita.
Harus di ingatkan kepada semua pihak bahawa ini bukan lah tindakan untuk menyerang atau mengaibkan mana mana individu, isteri atau keluarga mereka untuk kepentingan peribadi atau kelangsungan agenda mana-mana kumpulan.
Pembongkaran ini adalah perlu kerana saya sayangkan negara ini lebih dari segalanya.
Berani Kerana Benar